Persembahan Satira Drama Band Kontroversi_Anugerah_Juara_Lagu_ke-34

Pada tahun 2019, kumpulan muzik tanah air, Drama Band telah mencetuskan satu kontroversi dimana muzik video untuk lagu mereka yang berjudul "Drama", telah dikecam hangat oleh selurut rakyat Malaysia kerana muzik video tersebut mengandungi unsur perlian kepada golongan-golongan yang tertentu, isu ni turut berlarutan apabila lagu mereka layak masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Semasa di peringkat akhir, mereka telah menggunakan pentas Anugerah Juara Lagu sebagai satu medium untuk membuat persembahan yang mengandungi isu perlian dan mengutuk kepada golongan-gologan individu yang terkenal di tanah air. Oleh hal demikian, isu ini telah menerima pelbagai reaksi yang berbeza oleh pelbagai individu dan sekaligus mereka juga terpalit dengan semua masyarakat kerana peresembahan mereka telah menyentuh isu sensitivit masyarakat dan telah digelarkan sebagai "keterlaluan", sehinggakan persembahan mereka telah diharamkan ditayangkan dimana-mana platform televisyen mahupun internet.

Kejadian

Di awal persembahan, vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul, membuka persembahan mereka dengan memasuki unsur seram, dimana beliau tampil dengan imej seperti karakter Ryuk daripada anime Jepun iaitu Death Note. Kemudian, vokalis tersebut dikelilingi oleh puluhan individu yang berbaju putih pula digambarkan sebagai netizen. Signifikan mereka adalah untuk menyampaikan bahawa berbaju putih adalah lambang kepada sucinya netizen daripada sebarang dosa. Jadi ikut suka hati mereka sahaja untuk berkata apa sahaja di balik papan kekunci. Jika anda perhatikan betul-betul gelagat mereka yang berbaju putih, setiap kali ada watak parodi berjalan di atas karpet merah, pasti mereka mengejek, mengajuk dan mentertawakan individu terbabit.

Kontroversi pertama yang dibawakan oleh mereka adalah dimana babak yang memaparkan seorang wanita yang berjalan dengan lagak model berserta dengan selempang yang bertulis "Dewi Drama", model itu mereka menujukan kepada kes yang pernah tular di tanah air suatu ketika dahulu dimana isu bekas Juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee, dimana gelaran Dewi Remaja beliau telah ditarik balik apabila berlakunya penyebaran video yang memaparkan Hanesya bersama rakannya disebuah kelab malam berhibur sambil memegang gelas minuman keras. Ini menjadikan beliau mencipta sejarah sebagai juara Dewi Remaja paling tersingkat yang pernah ditabalkan iaitu selama 72 jam sahaja sebelum gelaran itu ditarik balik oleh pihak rasmi.

Kontroversi kedua pula adalah apabila dimana babak seorang lelaki yang memakai jacket, sedang berjalan di atas pentas sambil melambai tangan ke arah penonton, mimikan ini adalah untuk memerli seorang penyanyi terkemuka tanah air iaitu Haqiem Rusli, yang turut berada di barisan penonton ketika persembahan ini dipersembahkan, dimana Haqiem pernah membangkitkan kemarahan netizen termasuk rakan seperjuangannya, Ernie Zakri diatas penipuan beliau berkenaan masalah depresi yang dihadapi dirinya. Isu depresi yang kononya dialami oleh Haqiem itu berulah diketahui selepas beberapa ketika yang masalah depresi yang dikatakan oleh penyanyi tersebut adalah sekadar gimik semata-mata yang bertujuan untuk perancangan single terbaru beliau yang berjudul "Selamat Tinggal Sayang". Pelbagai pihak telah memberikan kata-kata terhadap beliau yang menyatakan sebagai lapar perhatian.

Kontroversi untuk persembahan ketiga diteruskan dengan kes Pencetus Ummah, yaitu antara golongan individu yang pernah membangkitkan kemarahan netizen pada suatu ketika dahulu. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah isu berkenaan kes penceraian PU Abu dengan isterinya, Ain Afini, ketika isterinya sedang sarat mengandung. Semuanya gara-gara kemelut yang melanda dirinya akibat ingin menunaikan hasrat hati untuk memperisterikan seorang janda bernama Hana Azraa. Adegan ini mengajuk situasi tersebut dengan mempamerkan seorang lelaki ditemani perempuan mengandung dan seorang perempuan lain. Kelihatannya dia sangat bersyukur dengan apa yang ada sebelum menghalau perempuan mengandung untuk pergi daripada hidupnya. Seterusnya, adegan itu diteruskan pula dengan membawa masuk seorang individu lelaki yang menyamar dengan memakai blazer dan bersongkok, serta melakonkan semula aksi dengan lagak berpistol dua atau tanduk, adegan ini ditujukan kepada seorang Dai yang terkemuka di tanah air iaitu Dai Farhan, beliau juga tidak terlepas dengan isu sensasi pernikahan bersama isteri barunya ketika menunaikan umrah. Bangga dengan 18 orang wanita yang pernah melamarkan, isteri terbarunya itu adalah wanita ke 19 yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Persembahan ditutup dengan menampilkan ajukan bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isterinya sebagai momokan terakhir persembahan. Kelihatan gelagat lelaki berbadan gempak melakonkan watak sebagai Dato' Sri Najib Razak lengkap bersuit dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor yang begitu bangga dengan koleksi beg tangannya. Kebetulan pula kontroversi ini melibatkan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disamping rampasan barangan peribadi mereka yang memperlihatkan koleksi beg tangan yang mewah dan bermutu tinggi.

Reaksi dan tindak balas

Ramai tokoh industri hiburan telah menyuarakan bantahan dan kritikan terhadap persembahan mereka. Ini termasuk Adibah Noor